Tema : Sejarah Politik
Tajuk : Sejarah Penubuhan dan Perkembangan UMNO di
daerah Kubang Pasu pada tahun 2000 sehingga tahun 2015
Pengenalan :
Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) merupakan sebuah parti politik yang paling
utuh dan terkenal dalam Sejarah Malaysia sejak tahun 1946 lagi. Parti UMNO
telah diasaskan oleh Dato Onn Ja’afar , dan kemudian jawatan presidennya telah
disilih ganti oleh 6 presiden seterusnya , iaitu dari tahun 1951 sehingga kini.
Parti UMNO ini juga merupakan tulang belakang bagi Barisan Nasional dan ia
telah dilabel sebagai parti nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Untuk
memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakayat jelata , part
UMNO telah menubuhkan berjuta-juta bahagian dan cawangan UMNO di seluruh
Malaysia. Dan salah satu bahagian yang ditubuhkan oleh UMNO Malaysia ialah UMNO
Bahagian Kubang Pasu. UMNO Bahagian Kubang Pasu mempunyai ini nilai Sejarah
yang amat penting , kerana ia diasaskan oleh Menteri Besar Kedah Ke-6 , Tan Sri
Osman Aroff dan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-4 , Tun Dr.
Mahathir Bin Mohamad. Dan pada masa ini juga , UMNO Bahagian Kubang Pasu telah
dterajui oleh Timbalan Menteri Pertahanan , Dato’Sri Mohd Johari Bin Baharum.
Objektif Kajian :
Tujuan utama
kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti Sejarah Perkembangan dan
Sumbangan UMNO Malaysia terhadap rakyat jelata.
Seterusnya ,
kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti Sejarah Penubuhan dan Perkembangan
Parti UMNO di daerah Kubang Pasu.
Di samping
itu , kajian ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang visi dan misi
serta perjuangan Parti UMNO kepada generasi kini dan masyarakat umum.
Selain itu ,
kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti sumbangan Parti UMNO kepada
masyarakat setempat di daerah Kubang Pasu pada tahun 2000 sehingga tahun 2015.
Akhirnya ,
kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kejayaan-kejayaan yang pernah
dicapai oleh UMNO di daerah Kubang Pasu dari tahun 2000 sehingga tahun 2015.
Permasalahan Kajian :
Esei ini
akan menjelaskan Sejarah Perkembangan dan Sumbangan Parti UMNO Malaysia
terhadapa rakyat jelata.
Seterusnya ,
esei ini akan menerangkan Sejarah Penubuhan dan perkembangan Parti UMNO di
daerah Kubang Pasu.
Di samping
itu , esei ini akan membincangkan misi dan visi serta perjuangan Parti UMNO
kepada generasi kini dan semua anggota masyarakat kita.
Selain itu ,
esei ini akan menjelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Parti UMNO di daerah
Kubang Pasu dari tahun 2000 sehingga tahun 2015.
Akhirnya , esei
ini akan membincangkan sumbangan Parti UMNO kepada masyarakat setempat di
daerah Kubang Pasu pada tahun 2000 sehingga tahun 2015.
Skop Kajian :
Kajian ini
akan menfokuskan kepada Sejarah Penubuhan dan Perkembangan UMNO Malaysia kerana
parti UMNO merupakan parti yang benar-benar memperjuangkan maruah agama ,
bangsa dan tanah air kita. Dan ia juga merupakan parti yang mempunyai nilai
Sejarah yang bermakna.
Selain itu ,
kajian ini juga akan menfokuskan kepada Sejarah Penubuhan dan Perkembangan UMNO
di daerah Kubang Pasu . Hal ini demikian kerana , UMNO Bahagian Kubang Pasu
telah diasaskan oleh Menteri Besar Kedah
Ke-6 dan ia pernah diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6. Daerah
Kubang Pasu ini juga merupakan tempat yang sangat strategik di Malaysia , di
mana ia terletak di paling utara bagi negeri Kedah Darul Aman.
Akhirnya ,
kajian ini menfokuskan kepada tempoh 15 tahun dalam UMNO Bahagian Kubang Pasu ,
iaitu dari tahun 2000 sehingga 2015. Hal ini demikian kerana , dalam tempoh
sepanjang 15 tahun ini , telah menimbulkan begitu banyak pergolakan politik
dalam parti UMNO dan ia menyaksikan Tiga Zaman Pimpinan Perdana Menteri serta
Presiden UMNO Malaysia.
Sorotan kajian lepas :
Hasil
daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini , terdapat penyelidikan
yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu terhadap UMNO , iaitu sebuah buku yang
bertajuk “ Daulat UMNO ” ( Edisi Khas ) karya Tok Ayah Zahalan Bin Man ,
sebanyak 528 muka surat. Kajian dalam buku ini mengandungi fakta dan gambar bersejarah yang menarik
dalam Sejarah Penubuhan dan Perkembangan UMNO Malaysia , tetapi kajian ini
tidak mengkaji Sejarah UMNO Bahagian Kubang Pasu dan lokasi kajian ini tidak
dibuat di daerah Kubang Pasu.
Kaedah Kajian :
Kaedah
kajian pertama yang digunakan untuk mendapatkan hasil kajian ialah melalui
analisis dokumen ataupun yang juga dikenali sebagai kajian arkib. Dokumen yang
akan dikaji adalah Surat yang dikirim oleh UMNO Bahagian Kubang Pasu kepada
Dato Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional , Kementerian
Pendidikan Malaysia berkenaan dengan pertukaran guru ke sekolah lain atas
sebab-sebab tertentu.
Seterusnya ,
kaedah kajian yang kedua ialah melalui kaedah temu bual. Demi menyempurnakan
dan menjayakan hasil kajian ini , pelbagai sesi temu bual telah diadakan
bersama dengan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Kubang Pasu. Sebagai contohnya ,
bersama Datuk Haji Shamsuddin Haji Ahmad selaku Setiausaha UMNO Bahagian Kubang
Pasu , dan Dato Hasmuni Hassan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu.
Di samping itu , adalah melalui kaedah lawatan
dan pemerhatian. Dalam kaedah ini , pengkaji telah membuat lawatan ke Pejabat
UMNO Bahagian Kubang Pasu , Jalan Masjid , 06000 Jitra , Kedah Darul Aman demi
mengumpul pelbagai maklumat bersejarah yang penting dan bermakna.
Selain itu ,
adalah melalui kaedah kepustakaan. Demi mengumpul maklumat dan fakta Sejarah
yang tepat dan banyak ,pengkaji telah mengunjungi Perpustakaan Negeri Kedah dan
Arkib Negara yang terletak di Alor Setar.
Akhirnya ,
adalah melalui kaedah ICT ataupun yang juga dikenali sebagai penggunaan
internet. Dalam kaedah ini , pengkaji telah melayari laman web rasmi UMNO
Malaysia dan laman web lain yang ada kaitan dengan Sejarah dan Perkembangan
UMNO Bahagian Kubang Pasu.
Pembahagian Stuktur Esei :
Pengenalan :
UMNO hari
ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara
dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam
membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di
negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai
peristiwa dan cabaran. Ia juga dihormati oleh kawan dan lawan di atas
prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya dalam menjalankan
dasar-dasar yang telah dipersetujui.
Isi-isi Penting :
Esei ini
akan mencerita dan mengenal pasti Sejarah Perkembangan dan Sumbangan UMNO
Malaysia terhadap rakyat jelata.
Seterusnya ,
esei ini juga kan mencerita dan mengenal pasti Sejarah Penubuhan dan
Perkembangan Parti UMNO di daerah Kubang Pasu.
Di samping
itu , esei ini memberikan pendedahan tentang visi dan misi serta perjuangan
Parti UMNO kepada generasi kini dan masyarakat umum.
Selain itu ,
esei ini akan menceritakan sumbangan Parti UMNO kepada masyarakat setempat di
daerah Kubang Pasu pada tahun 2000 sehingga tahun 2015.
Akhirnya
,esei ini akan mendedahkan kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh UMNO di
daerah Kubang Pasu dari tahun 2000 sehingga tahun 2015.
Kesimpulan :
Dalam
bahagian ini , pengkaji akan menyatakan
mengenai iktibar daripada peristiwa-peristiwa lampau dan harapan untuk
masa depan UMNO bertambah kuat bagi membentuk kerajaan yang mesra dan prihatin
kepada rakyat. Dalam bahagian ini juga , rumusan bagi keseluruhan kajian akan
dibuat.
Penutup :
Pada
keseluruhannya , kajian yang dijalankan terhadap Parti UMNO di daerah Kubang
Pasu adalah tertumpu kepada latar belakang , perkembangan , pendedahan ,
sumbangan , pencapaian , aktiviti dan kejayaan yang dicapai oleh UMNO di daerah
Kubang Pasu dari tahun 2000 sehingga tahun 2015
Bibliografi :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
No comments:
Post a Comment